June 12, 2013

author photo


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca HaswanSyakier Blog. Pertama, saya nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada mereka yang masih bergelar MURID >.< Hahahahaha, baiklah hari ni saya nak kongsikan 5 aplikasi yang sangat menarik untuk semua pengguna Ubuntu.

Mari lihat 5 aplikasi tersebut dibawah:



APLIKASI 1 - ONEKO
Aplikasi yang akan tampilkan seekor kucing berlari mengejar tikus iaitu CURSOR/POINTER MOUSE. Setiap kali korang gerak mouse pointer kucing ni akan mengejar. Lepas korang install, korang type ONEKO dekat terminal untuk run aplikasi ni.
Command: sudo apt-get install oneko


APLIKASI 2 - XPENGUINS
Aplikasi ni akan membuatkan penguins jatuh, ada yang selamat dan ada yang tak. Yang selamat akan melakukkan aksi yang menarik seperti membaca buku dan lain-lain lagi. Lepas korang install, korang type XPENGUINS dekat terminal untuk run aplikasi ni.
 Command: sudo apt-get install xpenguins


APLIKASI 3 - XSNOW
Aplikasi ni akan tampilkan suasana krimas di desktop korang. Lengkap dengan santa claus dan pasukkannya, salji dan sebgainya. Lepas korang install, korang type XSNOW dekat terminal untuk run aplikasi ni.
Command: sudo apt-get install xsnow


APLIKASI 4 - FIGLET
Aplikasi ni akan tampilkan rupa bentuk perkataan yang menarik seperti gambar diatas bahagian atas sekali. Lepas korang install, korang type FIGLET (ayat korang) dekat terminal macam gambar diatas.
Command: sudo apt-get install figlet
Aplikasi 5 - COWSAY
Aplikasi ni akan tampilkan seekor lembu yang akan keluarkan kata-kata tanpa bunyi seperti gamabr diatas bahagian bawah FIGLET. Lepas korang install, korang type COWSAY (ayat korang) dekat terminal macam gambar diatas.
Command: sudo apt-get install cowsay

Okay, tamat sudah perkongsian 5 aplikasi menarik yang dapat saya kongsikan untuk semua pengguna Ubuntu. Selamat Mengguna :)

Nota:

* Cara untuk hentikan aplikasi 1 2 3 korang cuma perlu tekan CTRL + C pada keyboard
* Tutorial ni saya kredit kepada kawan sebloggers saya iaitu Afif Zafri di Reaperz.Net
Next article Next Post
Previous article Previous Post