November 04, 2013

author photo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Warna pudar pada gambar merupakan satu masalah yang besar bagi mereka yang suka sangat bergambar. Namun, ramai yang ingin menghidupkan warna pudar pada sesuatu gambar dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada dalam telefon bimbit sehingga menjadikan gambar tersebut lebih buruk dari yang sebelumnya. Dengan erti kata lain, OVER EDIT.

Tapi, bagaimanakah untuk menghidupkan warna yang pudar pada sesuatu gambar tanpa memburukkan lagi gambar dari yang sebelumnya? HaswanSyakier Blog ada jawapannya! Dibawah merupakan tutorial Menghidupkan Warna Yang Pudar Pada Gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Adobe Photoshop boleh didapati DISINI.


STEP 1
Buka Adobe PhotoshopOpen atau Drag gambar yang ingin dihidupkan warna pudarnya

STEP 2
Duplicate gambar asal atau CTRL J pada keyboard → Hiddenkan gambar yang asal

STEP 3
Pergi ke Filter → Sharpen → Sharpen → Duplicate sekali lagi gambar yang telah disharpen tadi → Tukarkan Blend Mode dari Normal kepada Soft Light



STEP 4
Duplicate gambar yang telah di Soft Light kan tadi → Pergi ke Filter → Blur → Gaussian Blur → Setkan radiusnya kepada 10.0 Pixels → Tukarkan Blend Modenya kepada Overlay dan Opacitynya kepada 20%




STEP 5
Duplicate lagi gambar yang telah di Gaussian Blur kan tadi → Tukarkan Blend Mode kepada Color Dodge dan Opacitynya kepada 10% → Siap!


LANGKAH TAMBAHAN (JIKA PERLU)
Sekiranya gambar yang telah dihidupkan warna pudarnya kurang menarik, korang perlulah melakukan atau menambahkan sedikit  Adjustment pada gambar iaitu Curves. Untuk melakukan atau menambah Adjustment Curves korang perlu klik pada icon bulat kecil lalu klik pada Curves.. seperti ini

 

Setkan Curvesnya seperti gambar dibawah atau boleh setkannya mengikut kesesuaian gambar sehingga kelihatan menarik



Baik, itu sahaja tutorial Menghidupkan Warna Yang Pudar Pada Gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop untuk kali ini. Jika ada sebarang masalah, pertanyaan ataupun menjadi bolehlah komen diruangan yang disediakan dibawah. Assalamualaikum & Selamat Mencuba! :)


Next article Next Post
Previous article Previous Post