November 03, 2013

author photo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

uTorrent - Satu software yang selalu digunakan untuk memuat turun barang-barang yang besar contohnya Game. BitTorrent juga sering digunakan untuk memuat turun barang-barang yang besar selain uTorrent. Walau bagaimanapun, uTorrent dan BitTorrent juga mempunyai masalah dalam proses memuat turun.

Apakah ia? Tentu sekali, LAMBAT atau bahasa pasar yang sering digunakan ialah LEMBAB. Saya ada pos 1 gambar diatas didalam 1 group yang penuh dengan GAMERS iaitu Gamers Only (!). Ramai yang komen dan bertanya, bagaimana kelajuan download saya di uTorrent begitu laju dan ada juga yang suruh membuat tutorial.

Semakin lama semakin ramai yang suruh saya membuat tutorial, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuatnya. Baiklah, sekiranya korang nak melajukan proses memuat turun uTorrent dan BitTorrent korang boleh guna cara saya yang ini dan lihat sendiri hasilnya. Mari kita mulakan.


STEP 1
Buka uTorrent atau BitTorrent → Klik pada Preferences atau CTRL P pada keyboard

STEP 2
Klik pada tab CONNECTION → Gantikan nombor port yang sedia ada dengan yang ini 42579


STEP 3
Klik pada tab BANDWIDTH → Ubah semua setting yang sedia ada kepada setting yang ini


STEP 4
Klik pada QUEUEING pula → Sekali lagi ubah semua setting yang ada kepada setting yang ini


STEP 5
Klik pula pada tab BITTORRENT → Ubah juga setting yang sedia ada kepada yang ini


STEP 6
Sekarang, kita akan ubah setting Advanced pula. Klik pada tab ADVANCED → Ubah beberapa setting yang ada pada tab ADVANCED seperti dibawah ini







Kemudian, tekan button APPLY lalu tekan button OK. Sekarang, kita akan tukar TRACKER yang sedia ada dengan tracker yang saya gunakan ini. Untuk dapatkan tracker yang saya akan kongsikan ini, boleh download di http://pastebin.com/9w4CyzBi. Dibawah ialah cara menukar tracker yang sedia ada kepada tracker yang saya gunakan.


STEP 1
Klik pada mana-mana layer file yang ada di uTorrent & BitTorrent

STEP 2
Klik pula pada tab Tracker → Kemudian right click pada mana-mana layer yang ada dalam tab Tracker

STEP 3
Klik pada Add Tracker... → Kesemua tracker yang sedia ada akan highlight secara automatik, korang cuma perlu Copy & Paste tracker yang saya kongsikan tadi pada ruang tracker yang kita telah buka tadi

STEP 4
Setelah selesai paste tracker yang baru tadi, korang cuma perlu klik sahaja button OK → Lihat hasilnya nanti


Baiklah, itu sahaja tutorial untuk melajukan proses memuat turun uTorrent & BitTorrent mengikut cara saya. Kalau ada perubahan, jangan lupa untuk komen dan screenshot gambarnya diruangan komen dibawah pos ini ye :) Assalamualaikum!

NOTA ALAM MAYA
* Kalau rasa proses memuat turun semakin lembab, jangan lupa untuk UPDATE TRACKER 
* Kelajuan internet juga mempengaruhi proses memuat turun
* Tracker cuma tukar sekali sahaja, bukan setiap kali download file kena tukar

Next article Next Post
Previous article Previous Post