Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari yang indah untuk mengarang artikel tentang designing. Baiklah, kita pendekkan cerita harini saya akan ajar anda semua bagaimana untuk menyulam tekstur imej. Nampak pelik bukan, tetapi itulah apa yang kita akan buat hari ini.
Untuk menyulam tekstur imej, anda cuma perlu ikut tutorial yang disediakan dibawah. Tak susah dan tak mudah. Sebelum itu, anda perlu download Interweaving Texture Pattern dan loadkan pattern tersebut dibahagian Blending Options → Pattern Overlay. Klik sini, dan download.
LANGKAH 1
Open/Drag gambar yang ingin disulam → Buat 1 layer baru dengan klik pada icon seperti gambar diatas atau tekan CTRL+Shift+N pada papan kekunci
LANGKAH 2
Pergi ke Edit dan klik pada layer Fill... atau tekan saja Shift+F5 pada papan kekunci
LANGKAH 3
Ubah apa yang ada pada bahagian Fill tersebut dan ubah seperti gambar diatas
LANGKAH 4
Sekarang, klik kanan pada layer kedua tadi dan klik layer Blending Options... atau klik dua kali pada layer kedua tu untuk memudahkan kerja
LANGKAH 5
Kemudian klik layer Stroke dan tukarkan yang sedia ada supaya jadi seperti diatas → Klik Ok
LANGKAH 6
Untuk langkah terakhir ini, anda cuma perlu tukar Blendingnya dari Normal kepada Overlay → Siap!
Sekarang, anda telah berjaya menyulam tekstur imej. Tahniah saya ucapkan. Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Semoga berjaya dan jangan lupa untuk kongsikan link tutorial ini kepada kawan anda yang lain, sekian. Assalamualaikum & selamat sejahtera.