February 20, 2014

author photo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak Microsoft telah mengumumkan penjenamaan semula Office Web Apps kepada Office Online pada hari ini. Selain itu, Microsoft juga telah mengumumkan penjenamaan semula SkyDrive dan OneDrive. Bersama-sama dengannya, Microsoft turut memperkenalkan kemaskini kepada laman Office.com untuk memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan atas-talian mereka tersebut.

Dengan menggunakan Officie Online, pengguna boleh mengakses dan membuat penyuntingan dokumen terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) perisian Microsoft Office pada komputer mereka. Dengan lebih ramai menggunakan hanya pelayar web untuk pelbagai urusan harian, semestinya perkara ini amat diminati ramai.

Microsoft mennyatakan sebab mereka membuat penjenamaan semula Office Web Apps kepada Office Online kerana ramai pengguna yang keliru dengan penggunaan nama sebelum ini.

Untuk menggunakan Office Online, pengguna hanya memerlukan satu akaun Microsoft dan boleh log masuk melalui Office.com. Setelah log masuk, pengguna boleh terus mengakses atau menggunakan perkhidmatan Word Online, Excel Online, PowerPoint Online, dan OneNote Online. Perkhidmatan yang sama juga boleh diakses melalui OneDrive. Lihat video di bawah:



Layari - Office Online
This Is The Newest Post
Previous article Previous Post